14 Pantai Paling Bahaya Di Dunia
Pantai menjadi tempat riadah pilihan semua orang baik bagi yang sudah
berkeluarga mahupun yang sedang bercinta. Kalau disebut pantai, pastinya
pasir-pasir putih dan air laut yang biru terbayang di benak fikiran.
Tapi tahukah anda bahawa terdapat pantai yang sangat berbahaya dan takut
untuk dikunjungi oleh manusia.
Berikut merupakan 14 pantai yang paling tidak selamat untuk dilawati.
1. Pantai Gulf, California
Pantai ini nampak cantik dengan pasir yang putih. Ia sebenarnya adalah
habitat ular yang paling berbisa di Amerika Syarikat. Bisa ular ini
mampu membunuh orang dewasa dalam masa kurang dari 2 jam.
2. Pantai Amazon, Amerika Selata
Pantai ini merupakan habitat haiwan pemangsa yang berbahaya seperti
piranha. Jangan sekali-sekali cuba berenang di sini ketika musim kemarau
kerana anda berpotensi menjadi mangsa ikan piranha yang kelaparan.
3. Pantai Bolinas,
California
Pantai ini merupakan syurga bagi peluncur. Walaubagaimanapun, para
peluncur harus mengambil langkah berhati-hati kerana terdapat banyak
ikan yu di pantai ini. Para peluncur dinasihatkan untuk tidak turun ke
pantai pada waktu malam dan memakai sebarang perhiasan yang berkilat.
Wanita yang sedang uzur juga tidak digalakan mandi di kawasan pantai
ini.
4. Pantai Hanakapiai, Hawaii
Pantai ini mungkin kelihatan seperti sebuah tempat riadah yang menyeronokkan kerana kecantikan pasir dan lautnya. Namun pada hakikatnya banyak nyawa yang terkorban di pantai ini akibat ombak pantai dan arus yang kuat.
5. Pantai Pulau Shired, Florid
Pantai yang terletak di Florida, Amerika Syarikat ini merupakan pantai
yang tercemar di negara tersebut. Sekiranya anda mandi di situ,
kemungkinan besar anda akan mengalami iritasi kulit, meningitis,
hepatitis dan masalah perut
6. Bikini Atoll, Kepulauan US Marshall
Bikini Atoll adalah sebuah tempat yang terletak di kawasan Mikronesia
yang merupakan sebahagian daripada Kepulauan Marshall yang terletak di
Lautan Pasifik. Tapak Warisan Dunia UNESCO ini berbahaya kerana dua
alasan, iaitu radiasi nuklear dan yu
7. Playa Zipolite, Mexic
Playa Zipote adalah pantai pasir putih kecil di Oaxaca,
Mexico. Gelombang ombaknya yang besar & arus lautnya yang kencang.
Banyak pelancong yang berenang di air berwarna biru jernih ini namun
akhirnya terseret dek ombak. Pantai ini paling bahaya ketika saat bulan
purnama
8.Gansbaai, Afrika
Gansbaai adalah desa nelayan dan destinasi pelancongan popular di
Western Cape, Afrika Selatan. Ketika musim anjing laut berkembang biak,
jerung-jerung putih yang ganas semakin banyak muncul ke permukaan air.
Pelancong diminta berhati-hati.
9.Pantai Chowpatty, India
Pantai ini terletak di bandar Mumbai. Ia telah lama memegang reputasi
sebagai salah satu pantai tercemar di dunia dan lautnya benar-benar
tidak sesuai untuk dijadikan lokasi renang.
10.Pulau Fraser, Australia
Kawasan berbahaya untuk dikunjungi, kecuali jika anda ingin berenang
bersama jerung dan ubur-ubur serta arus ombak yang tinggi. Di darat
anda akan bertemu dengan labah-labah beracun, buaya air laut dan juga
anjing Dingo, yang sering menyerang manusia.
11.Northern Territory dan Queensland, Australi
Queensland berbatasan dengan Laut Koral dan Laut Pasifik. Ia menjadikan
perairan di kedua-dua kawasan ini kaya spesies laut yang menarik. Namun
setiap tahun di antara Oktober hingga April, ribuan ubur-ubur kotak
mendiami pantai-pantai utara Australia ini. Ubur-ubur tersebut merupakan
salah satu haiwan yang paling berbisa di dunia. Sengatannya akan
menyebabkan seseorang mengalami kegagalan jantung
12.Pantai Copacabana, Brazil
Pantai ini terkenal dengan pencuri dan penyeluk saku. Kerana itu, sebaiknya tinggalkan barang-barang berharga anda di hotel ketika melawat Copacabana.
13.Praia de Boa Viagem, Brazi
Pantai popular di Kota Recife, Brazil. Berenang di pantai ini sudah
tidak dibenarkan kerana serangan jerung. Ia juga terkenal dengan kadar
jenayah.
14.Hanakapiai, Hawaii
Pantai Hanakapiai adalah pantai di kepulauan Hawaii. Pantai ini
mempunyai ombak yang cukup berbahaya. Di pantai ini tidak ada karang
yang cukup besar untuk memecah ombak besar yang menghampiri pantai.
Ramai pengunjung terbawa arus bahkan ketika mereka berada di perairan
cetek.
EmoticonEmoticon